Commander Bat X

Jom join this forum ni expecially for x-cmdr dan yg masih cmdr lg uitm sgmt....mari kita eratkan lg hubungan yg telah ader...
 
HomePortalFAQSearchRegisterLog in

Share | 
 

 MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA

Go down 
AuthorMessage
biskutmeriberkrim

avatar

Number of posts : 4
Age : 42
Lokasi : Bee Pee, Jay Bee
Registration date : 2008-05-09

PostSubject: MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA   Wed 13 Aug 2008, 2:05 pm

Kepada semua yang ingin berjaya.

Hari ini akan aku terangkan serba sedikit tentang rancangan perniagaan aku selama ini. Dengan adanya rancangan perniagaan ini, aku yakin ramai yang ingin menyertainya kerana kita berada di dalam dunia yang memerlukan kewangan.

Semua manusia pernah merasakan kesusahan hidup. Ketika bujang pun kita sudah merasakan kesusahannya, apa entah lagi apabila sudah berumahtangga. Kita semua pernah menyatakan bahawa kita sudah berada di dalam kedudukan yang selesa. Selesa dari segi kewangan dan kehidupan. Tetapi ketika kita hendak mengecapi kenikmatan tersebut, kita dilanda masalah. Masalah kewangan merupakan faktor utama dalam kehidupan kita. Bekerja dan berusaha untuk mencapai tahap tertentu tapi kita masih dihimpit oleh masalah kewangan.

Masalah kewangan datang daripada pelbagai sudut. Sudut utama adalah daripada ekonomi dunia sekarang. Hal ini yang banyak member kesan kepada kehidupan kita sekarang. Walau macam mana teruk kita bekerja pun, kewangan tetap sampai ditahap itu sahaja, gaji dan overtime (kalau ada). Begitu juga dengan aku. Bekerja mencari pasaran untuk syarikat. siang malam berjumpa pelanggan. Menggunakan wang sendiri untuk belanja makan atau sebagainya. Namun gaji tetap di tahap itu. tiada komisen, tiada overtime. Syarikat yang semakin untung. Nak tunggu bonus, entah ada atau tidak kita pun kurang pasti. Kadang-kadang kita malas nak berharap sekiranya kita akan menerima bonus atau tidak.

Kalau itu semua berlaku ke atas kalian. Mari kita bersama bersatu menjadi satu syarikat yang padu dan keuntungan diberi sama rata bagi setiap rakan kongsi.

Konsepnya begini. Dengan ayat mudah yer…. Aku ada sebuah syarikat yang berdaftar dan aku memiliki pegangan sebanyak USD1 juta. Kalau diikutkan aku boleh mengaut semua duit itu dan laburkan kepada diri aku sendiri. Tetapi memandangkan duit ini pun diberikan oleh satu lagi syarikat utama dan penerajunya adalah pakcik ku sendiri, maka aku tidak boleh untung seorang diri. Maka syarat yang diberikan kepada ku untuk aku menerima wang USD1 juta ini adalah dengan mencari rakan kongsi.

Bagi setiap rakan kongsi, mereka layak membeli saham di dalam syarikat ku sebanyak satu syer setiap seorang. Aku dikehendaki mencari seramai 48 orang rakan kongsi yang sanggup membeli syer dan menjadi rakan kongsi ku selama 3 tahun. Setiap syer yang dibeli, akan diberikan pulangan dalam tempoh setahun (paling lewat 1 tahun 6 bulan) daripada tarikh dia membeli syer tersebut. Setelah cukup matang, rakan kongsi akan diberikan sijil syer yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Maka jadilah kalian sebagai rakan kongsi ku ketika itu. Sekiranya rakan kongsi ingin keluar daripada menjadi rakan kongsi, maka dia boleh berbuat demikian dan wang pembelian syer akan dipulangkan kembali kepadanya.

Perniagaan ini tiada risiko tinggi dan pulangannya amatlah lumayan. Konsep membantu sesama melayu diterapkan didalam perniagaan ini. Lihat sahaja kaum lain. Berniaga tidaklah begitu mantap tetapi mereka mampu bertahan on their own. Mengapa mereka boleh tetapi kaum melayu selalunya tutup kedai. Disebabkan perniagaan sebeginilah kaum lain dapat bertahan sekian lama di dalam perniagaan. Percaya atau tidak.


Untuk mengurangkan kekusutan fikiran masing-masing, aku akan tunjukkan bagaimana perjalanan perniagaan ini.

Satu syarikat memerlukan 48 syer partner.
Setiap syer partner membeli satu syer dalam syarikat.

Nilai syer: USD 2,400.00 x 3.5 = RM8,400.00 bagi setiap satu syer

Pasti ramai yang akan terperanjat dengan nilai syer yang dibeli. Tetapi munasabah dan logik sekiranya aku menjual saham tersebut sebanyak itu. Andaikata aku jual pada harga RM840.00, aku rasa itu bukan syer namanya.

Setelah syer telah dibeli. Syer partner akan menunggu sehingga syer tersebut matang dalam tempoh setahun atau lebih (max 2 tahun) untuk mendapatkan pulangan syer tersebut.

Pulangan keuntungan yang diberikan kepada pemegang syer.

Setiap pemegang syer akan menerima: USD20,000.00 sebulan

Cuba anda bayangkan dalam masa sebulan sebanyak USD20,000.00 akan dibayar kepada pemegang syer dan ini bukan satu penipuan atau gurauan. Aku tidak pernah bergurau di dalam melibatkan wang orang lain.

Maka bagi pemegang syer diberi USD20,000.00 sebulan selama 3 tahun.

USD20,000.00 x 3.5 = RM70,000.00 sebulan
RM70,000.00 x 12 bulan = RM840,000.00 setahun
RM840,000.00 x 3 tahun = RM2,520,000.00 selama 3 tahun

Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi apa salahnya mencuba. Disebabkan tiada risiko tinggi. Disebabkan wang akan dikembalikan sekiranya tidak berminat atau tukar fikiran. Disebabkan semuanya kenal akan aku.

Mari kita mengubah cara hidup kita. Sekiranya berjaya, yang senang adalah diri kita. Yang mana kurang senang kita tolong dan itu adalah satu ibadah. Apabila di akhirat nanti, bukan sekadar amalan sembahyang kita sahaja akan dikira, bersedekah juga tinggi amalannya.

Perkara ini mungkin Allah SWT tunjukkan kepada aku. Dan biarlah dikongsi bersama kawan-kawan. Jangan pula nanti menyesal kerana lewat merebut peluang. Ingat semua berniaga harus pandai merebut peluang dan berani menyahut cabaran atau risiko. Fikirkanlah yer….

Aku sahut cabaran Komander Kajal. Sekiranya berjaya aku akan sponsor semua perbelanjaan gathering. Itu janji aku!!!

Sebarang pertanyaan sila hubungi aku lecek aka syamsul amry tahir 016-388 6242. biskutmeriberkrim@yahoo.com
Back to top Go down
View user profile http://en.netlog.com/biskutmeriberkrim
sambalkicap1



Number of posts : 8
Age : 41
Lokasi : kl
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: Re: MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA   Wed 13 Aug 2008, 7:07 pm

mmg modal permulaan 8400 ke?
kot2 ada yg low starting?
Back to top Go down
View user profile
biskutmeriberkrim

avatar

Number of posts : 4
Age : 42
Lokasi : Bee Pee, Jay Bee
Registration date : 2008-05-09

PostSubject: Re: MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA   Fri 22 Aug 2008, 4:39 pm

sambalkicap1 wrote:
mmg modal permulaan 8400 ke?
kot2 ada yg low starting?

permulaan modal memang sebegitu jumlahnya. memang sukar untuk mengeluarkan duit sebanyak itu, namun aku yakin dan aku sudah semakin hampir dengan kejayaan.. insya'allah.

mari kengkawan apa tunggu lagi... bersama berjaya
Back to top Go down
View user profile http://en.netlog.com/biskutmeriberkrim
KK(b) Faeiz

avatar

Number of posts : 17
Age : 38
Lokasi : KluangMan Johor
Registration date : 2008-05-27

PostSubject: Re: MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA   Thu 04 Sep 2008, 6:09 pm

Boleh mohon SME bank tak utk mulakan perniagaan ini?
Terima Kasih..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA   

Back to top Go down
 
MARI KAWAN-KAWAN KITA BERNIAGA
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Commander Bat X :: Miscellaneous/ Macam macam ada :: Iklan niaga/Kerja kosong-
Jump to: