Commander Bat X

Jom join this forum ni expecially for x-cmdr dan yg masih cmdr lg uitm sgmt....mari kita eratkan lg hubungan yg telah ader...
 
HomePortalFAQSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dimulakan dengan Bismillah..

Go down 
AuthorMessage
KK(b) Faeiz

avatar

Number of posts : 17
Age : 38
Lokasi : KluangMan Johor
Registration date : 2008-05-27

PostSubject: Dimulakan dengan Bismillah..   Wed 28 May 2008, 11:54 am

Lirik Nasyid Untuk Renungan

Sebagai tambahan dan back ground music utk topic ni supaya kalian dapat mengambil sedikit renungan dari lirik nasyid ini. Nasyid ini untuk mereka yang masih mencari.

Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Yang ini pula untuk semua warga Ex Bat-X UiTM Segamat yang telah mendirikan rumahtangga. Semoga jadi iktibar.

Kasihmu Amanahku
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

inteam...nasyid mereka banyak nasihat bermanfaat.

king queen
Back to top Go down
View user profile
 
Dimulakan dengan Bismillah..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dan x Tsunade or Jiraiya x Tsunade?
» What if Hinata was the first friend of Naruto?
» Hinata cant keep Naruto in check..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Commander Bat X :: Perkembangan Ex Komander :: Gerbang Perkahwinan/Anak Baru-
Jump to: